Penemuruai Visitors:

Showing posts with label Home-made Mini Hydroelectric. Show all posts
Showing posts with label Home-made Mini Hydroelectric. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Pics: Home Made-Mini Hydroelectric

Home-made Mini Hydroelectric.
Penemuruai`s comment: We are support and going to green energy. So, for those in rural areas if they got waterfall resources then it is good to built your own Mini Hydroelectric.





Friday, March 25, 2011

Pics: Home-Made Mini Hydroelectric




Here some pics of Home-made mini hydroelectric.

Monday, March 9, 2009

Home-made Mini Hydro-electric

Home-Made Mini Hydroelactric revealed
Hi..
Pada kali ini saya ingin berkongsi idea inovatif berkenaan dengan "Mini Hidroelektrik"-buatan sendiri sahaja. Pada minggu lepas selepas melawat tapak projek pembinaan Dewan Serbaguna di Long Beruang, Ulu Baram (Perkampungan Penan), saya sempat berhenti seketika di kawasan Long Metapa, Ulu Baram. Di situ, saya sempat memeriksa hasil buatan sendiri mini hidroelektrik. Tidak perlu menggunakan generator elektrik...namun anda juga mampu membuat nya sendiri.
Mini hidroelektrik ini adalah lebih kepada mesra alam. Hanya sumber sungai yang berterusan sahaja perlu dicari. Paling bagus, mencari sumber air terjun sahaja. Jadi, ini peluang kepada sesiapa yang memiliki tanah berdekatan dengan air terjun.
Mini hidroelektrik ini tidaklah menggunakan perbelanjaan yang besar, lebih kurang anggaran RM3,000-RM5,000 sahaja. Berbanding anda membeli minyak diesel untuk mendapatkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik boleh digunakan 24 jam tanpa henti kecuali masa pembaikan sistem paip. Mini hidroelektrik ini kebiasaanya boleh diaplikasikan di bahagian pendalaman dan juga tempat yang berbukit bukau.
Peralatan yang diperlukan untuk membina mini hidroelektrik ini adalah :
1. Dinamo..3,000 watt, 5,000 watt, semakin besar kapasiti dinamo maka semakin banyak tenaga elektrik dihasilkan.
2. Gulungan paip (Piping system), panjang berdasarkan sehingga mana sumber air.
3. Sistem kincir, kipas mestilah 45 darjah.
4. Sistem stablelizer
Anggaran kos : RM3,000-RM5,000 (ini bergantung kepada faktor jarak, penggunaan yang dikehendaki, kualiti bahan yang digunakan)
Gambar :

Gambar 1 : Sambungan tali "belting" diantara kincir air (di dalam tong merah) dengan dinamo


Gambar 2 : Enjin dinamo, 3,000 watt

Gambar 3 : Rekaan roda kincir air yang telah diletakkan di dalam tong merah

Gambar 3 : Terdapat bukaan yang besar di bawah tong kincir air, supaya air boleh melimpah keluar




Gambar 4 : Sistem paip yang dihubungi dengan anak sungai ke kincir air. Konsep Bernolli, paling besar, besar dan kecil..akan menghasilkan pancutan air yang deras.

Gambar 5 : Sistem paip yang dilengkapi dengan laluan paip "blow out" apabila hendak melakukkan pembaikan

Gambar 6 : Mini hidroelektrik

Macam mana sekarang? Anda ingin membuat mini hidroelektrik? Oleh demikian, carilah kawan tanah yang berdekatan dengan sumber air terjun, paling tidak pun...terdapat air bukit yang sentiasa mengalir. Tips ialah mencari sumber air bukit semasa musim kemarau...
Sekiranya ada pertanyaan atau komen..Sila tinggalkan komen anda disini..

Thanks.

Best regard;

The Founder of Penemuruai