Menjurus kepada pelaksanaan e-mail 1Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada baru-baru ini.
Saya sebagai penduduk negeri Sarawak amat menyokong dengan saranan penggunaan e-mail 1Malaysia pada semua penduduk Malaysia bermula pada peringkat umur 18 tahun dan ke atas.
Ini kerana e-mail 1Malaysia merupakan satu ikon kepada rakyat Malaysia terutamanya produk konsep 1Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai reaksi kepada rakyat Malaysia mengenai pelaksanaan e-mail 1Malaysia namun ini merupakan suatu petanda kekuatan bidang ICT di Malaysia.
Mengenai peruntukkan sebanyak RM50juta bukan menjadi satu persoalan sekiranya kita ingin berada dalam kelompok ETP (Economic Transfer Programme). Sememangnya betul sekiranya duit sebanyak RM50 juta tersebut disalurkan kepada struktur pembinaan jalan ataupun disalurkan kepada yang lebih penting. Namun demikian, kita perlu mengambil kira dengan kejayaan projek ICT sebelum ini seperti kampung Wi-Fi, jalur lebar di kawasan pedalaman dan seumpamanya. Sekiranya, e-mail 1Malaysia ini tidak dapat dicapai maka kekecewaan ini dapat dirasai bagi penduduk Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman kerana mereka telah pun merasai hasil daripada kejayaan projek ICT pada peringkat pertama. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap projek yang dilaksanakan di Putrajaya dan juga dapat dikecapi oleh mereka di tempat pedalaman. Ini mungkin tidak dirasai oleh penduduk yang tinggal di metropolitan atau di pusat bandar sekiranya e-mail 1Malaysia tidak diguna pakai kerana mereka biasa dengan penggunaan e-mail komersial seperti yahoo, gmail, hotmail dan banyak lagi.
Pada pandangan dan ramalan saya, kelebihan e-mail 1Malaysia adalah lebih kurang sama dengan e-mail komersil seperti yang sedia ada. Namun perbezaan yang ketara ialah dimana saluran anda dengan kerajaan pusat ataupun pemimpin adalah lebih dekat lagi dalam dunia maya. E-mail 1Malaysia ini dijadikan sebagai satu medium dimana saluran informasi terkini mengenai tahap pencapaian sesuatu projek/polisi. Dengan itu, barulah ideologi Malaysiana dapat diterap kepada seluruh penduduk Malaysia. Kita pun sedia maklum bahawa ledakkan kemajuan teknologi maklumat dan kepantasan sesuatu berita dapat diketahui dalam kiraan detik dan oleh demikian e-mail 1Malaysia merupakan satu mekanisme untuk sumber informasi yang telus dan dipercayai bagi mengekang informasi dari anasir jahat samada dari dalam atau luar negara.
Sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, peruntukkan untuk pelaksanaan sebanyak RM50 juta adalah bukan isu utama. Tambahan pula, dana yang digunakan adalah bukan dari dana rakyat.
Jadi, saya tertarik dengan kata-kata kawan karib saya berbunyi begini “…macam mana kalau nak dapat duit besar sekiranya duit yang kecil tidak dikeluarkan…” Pepatah ini mungkin menjurus kepada aspek perniagaan namun boleh diceduk dalam aspek e-mail 1Malaysia iaitu sekiranya kita ingin rakyat berada pada kelas pertama, sedikit sebanyak wang diperlukan untuk menaik taraf penduduk Malaysia.
Demikianlah komen saya mengenai pelaksanaan e-mail 1Malaysia.
TQ
http://dipenemuruai.blogspot.com
No comments:
Post a Comment