Penemuruai Visitors:

Thursday, April 7, 2011

Bot Klinik Bergerak di Marudi: Dirasmikan pada 14 April 2011

Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan di negeri Sarawak, kerajaan akan merasmikan perkhidmatan bot klinik bergerak di Marudi. Dijangka Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan bot klinik bergerak di Marudi pada 14 April 2011.

Perkhidmatan tersebut telah pun beroperasi untuk percubaan dari Kuala Baram ke Ulu Baram. Tujuan utama perkhidman tersebut dilakukan kerana majoriti penduduk pendalaman tinggal di persisiran sungai batang baram dan pengangkutan utama mereka adalah menggunakan sungai.

Disamping itu, perkhidmatan bot klinik bergerak juga terdiri daripada doktor, doktor gigi, jururawat dan seumpamanya. Ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kualiti kesihatan penduduk luar bandar di Sarawak. Diharapkan perkhidmatan ini terus beroperasi dan bukanya mengharapkan publisiti kerajaan semata-mata.

Bot klinik bergerak ini bukan perkara yang baru untuk penduduk di daerah Marudi namun sebelum ini ada bot yang menjual keperluan harian yang dipanggil “perahu banding”. Perahu bandong ini menjual segala keperluan harian daripada dapur hinggalah minyak untuk kegunaan harian orang kampung. Selain itu, penjaja perahu bandong tersebut juga akan membeli hasil hutan daripada penduduk pesisiran sungai seperti rotan, lada hitam, gaharu, buah-buahan dan juga getah.

Penemuruai`s Comments: Creative and innovative!

TQ

 

No comments:

Post a Comment