Penemuruai Visitors:

Penemuruai e-Mag Apps

Penemuruai e-Mag
Powered by Conduit Mobile

Monday, April 11, 2011

Bukan Mudah Menjadi Yang Berhormat (YB)

Penemuruai juga hairan melihat karenah segelintir calon samaada dari BN ataupun pembangkang yang berebut untuk menjadi calon pada pilihan raya Sarawak Ke-10. Semuanya menuntut hak untuk bertanding dengan alasan untuk menjadi calon yang sudah pasti ada kemenangan. Kemungkinan perkara ini berlaku akibat daripada sokongan padu dan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Penemuruai ingin komen di dalam blog ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang ahli politik bergelar YB (Yang Berhormat). Sebelum anda menjadi ahli politik, cermin diri anda dahulu. Semak dimana kekuatan diri anda. Paling mudah ialah cara anda menjaga dan mengambil kira kebajikan keluarga, anak-anak, adik beradik, saudara mara begitu juga dengan jiran terdekat anda. Itulah menjadi satu permulaan anda untuk menjadi orang yang patut dicontohi.

Bukan mudah untuk menjadi yang berhormat (YB) kerana:

  1. Masa yang diperuntukkan untuk keluarga semakin berkurangan kerana kerja anda senantiasa sibuk.
  2. Di Sarawak, sibuk menghadiri majlis kebumian dan perkahwinan. Ini adalah satu kemestian untuk menunjukkan kemesraan anda kecuali ada tugas yang lebih penting lagi.
  3. Sebagai YB, anda sudah dianggap sebagai satu platform untuk tempat mengadu masalah. Dari masalah rumah sehingga keadaan semasa.
  4. Anda dijadikan sebagai “Superman” untuk menyiapkan projek yang terbengkalai.
  5. Sentiasa menghadiri mesyuarat. Dalam sehari anda akan menghadirkan mesyuarat sebanyak 10 kali.
  6. Makanan yang sedap-sedap, kalau tidak pandai control makan..ada yang pengsan semasa makan malam. Keadaan blood pressure pun turun naik. Badan pun jadi gemuk. PJK-Perut jatuh ke depan.
  7. Mabuk kereta/kapalterbang kerana terlalu kerap menggunakan pengangkutan kapal terbang dan juga kereta. Sekejap di Sarawak, sekejap lagi di Sabah dan Semenanjung.
  8. Nak makan kat kopitiam, gerai ataupun warung pun susah juga kerana semua orang akan menyerbu anda lebih-lebih lagi di kawasan anda.
  9. DUIT memang tidak tahan. Mana-mana saja perlu belanja. Bagus juga kalo ada kontraktor yang nak belanja. Kalo kontraktor yang kedekut, memang YB yang akan bayar.
  10. Menjadi YB, hampir setiap malam anda akan bermalam di hotel kerana ada urusan rasmi. Kepada YB yang lelaki, kecenderungan untuk sosial pada waktu malam memang tidak dapat dielakkan sehinggalah ada yang merakam adegan panas dengan GRO. Aduhai…

**Penemuruai`s comment: Wish to be YB but Penemuruai prefer to be blogger... TQ. Makanlah nasi lemak kerana itulah ikon Malaysia…

http://dipenemuruai.blogspot.com

 

 

No comments:

Post a Comment