Penemuruai Visitors:

Monday, April 18, 2011

Hanya 1 Kerusi ditawan oleh BEBAS: George Ak. Lagong

Kerusi N.54 Pelagus telah dimenangi oleh parti BEBAS iaitu George Lagong dengan jumlah undian 5,740 dengan majoriti undi sebanyak 2,837.

Parti PRS telah kalah di N.54 walaupun Dr.Jemut masih lagi mempertahankan kerusi di N.56 Baleh. Muka baru BN juga dari PRS, Stanley Nyitar@Unja Malang telah gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada calon BEBAS, George Lagong.

 

Ini patut menjadi pengajaran kepada percaturan BN kerana boleh dikatakan penamaan calon adalah pada ‘last minute’ dan pendedahan permulaan calon baru dalam politik.

Oleh yang demikian, bukan hanya kerana profail pekerjaan yang sempurna dapat menawan hati rakyat. Kunci utama ialah mengetahui peranan sebagai seorang calon dalam menawan hati rakyat. Yang paling ketara ialah kepetahan bercakap di khalayak ramai menjadi titik permulaan kenyakinan masyarakat kepada wakil mereka.

Itulah kelebihan calon Bebas, George Lagong memenangi kerusi di PN.54 Pelagus.

 

*Penemuruai`s comment: Jangan sangka air yang tenang tiada buaya…

 

No comments:

Post a Comment