Penemuruai Visitors:

Wednesday, April 6, 2011

Logs Export Demand

Permintaan produk balak dijangka naik berikutan permintaan dari negara Jepun untuk pembangunan semula dan pemulihan selepas bencana gempa bumi dan tsunami pada 11 March 2011.

Pada tahun lepas, Jepun mengimport balak dan produk berasaskan kayu bernilai RM3.7 bilion dan pada tahun ini akan melampui nilai tersebut.

 

Jadi, kita mengetahui bahawa negeri Sarawak merupakan pengeluar utama hasil pembalakkan ke luar negara.

Namun demikian, kayu balak yang ada di Sarawak sebenarnya semakin kurang dari tahun ke tahun. Bagaimana boleh berkurang? Ini kerana terdapat kawasan hutan tersebut telah ditukarkan kepada pertanian pindah contohnya padi bukit. Tambahan pula, kebanyakkan hutan di Sarawak telah ditukarkan kepada kawasan pertanian iaitu penanaman kelapa sawit.

 

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan kapal terbang twin otter (Maswing-RAS-Rural Air Service) dari Miri ke Marudi, Long Akah, Lawas, Bario, Long Banga. Pemandangan mata kasar mendapati bahawa kebanyakkan kawasan tanah rata telah ditanam oleh kelapa sawit.

Sekarang ini banyak pengusaha pekebun kecil telah mengaut keuntungan yang maksimum kerana harga mentah kelapa sawit mencecah RM800/lebih utk satu tan.

Impak kemewahan daripada harga mentah kelapa sawit yang menjulang tinggi dapat dilihat dengan ketara terutamanya pada kawasan di Miri seperti di Batu Niah, Bakong, Lapok, Beluru.

 

Kesimpulannya, berbelanjalah dengan ala kadar kerana harga pasaran kelapa sawit pun boleh turun naik.

Gunakanlah wang anda mengikut keperluan dan bukannya nafsu.

 

TQ

No comments:

Post a Comment