Penemuruai Visitors:

Penemuruai e-Mag Apps

Penemuruai e-Mag
Powered by Conduit Mobile

Tuesday, April 12, 2011

Most Wanted: Sarawak Report

Kemajuan teknologi yang terkini telah mengubah segala-galanya baik daripada telekomunikasi, penyebaran berita mahupun kehidupan seharian. Semuanya bergantung kepada kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat yang terkini untuk memudahkan segala proses penyampaian berita. Pada tahun 90-an, bagi sesiapa yang memperolehi informasi terkini adalah tergolong daripada orang yang cerdik pandai. Namun demikian, perolehan informasi terkini bukan sahaja berlaku kepada orang yang cerdik pandai namun berlaku pada setiap peringkat umur tidak mengira tahap pendidikan asalkan rajin untuk mencari maklumat melalui hujung jari iaitu internet. Dunia maya internet tiada sempadan.

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, banyak risalah-risalah akan disebarkan kepada bakal pengundi untuk menarik perhatian mereka. Segala rahsia dan teknik dari kubu BN dan juga pembangkang akan dibongkar.

Pencarian maklumat di laman web Sarawak Report juga semakin hebat. Kenapa ramai yang ingin memperolehi maklumat daripada Sarawak Report? Ini kerana pencari maklumat yang neutral ingin mencari kepelbagaian dan kesasihan maklumat. Kita sebagai ahli pemikir perlu menerima info yang pelbagai dengan itu kita akan dapat menapis info melalui pemikiran logik dan tidak menerima secara mentah.

Kekuatan akal akan mampu menghasilkan hujah debat yang berkesan. Sumber maklumat Sarawak Report mempunyai kekuatan tersendiri dan begitu juga dengan media nasional. Penemuruai sebagai blogger begitu berpuas hati dengan info yang disalurkan oleh kedua-dua media kerana dari itu kita dapat membezakan ketulenan setiap kubu untuk memerintah Sarawak.

**Penemuruai`s comment: Silent at kopitam, just listen and body language respond for emotional individual.

TQ

 

No comments:

Post a Comment