Penemuruai Visitors:

Wednesday, May 4, 2011

Kopi Luwak

Kopi Luwak adalah kopi yang termahal di Asia terutamanya di negara Sumatera, Indonesia.
Keunikkan kopi luwak yang membuatkan harganya mahal ialah apabila buah kopi (mature beans) telah dimakan oleh musang dan buah kopi tersebut akan menjadi sisaan kumbahan dalam bentuk najis. Rata-rata buah kopi yang dimakan oleh musang tidak akan dicerna sepenuhnya dan menyebabkan binatang tersebut akan berkumuh dan mengeluarkan najis dalam sisaan buah kopi.

Selepas itu, najis tersebut akan dikumpul dalam bekas basin yang besar dan dicuci sehingga bersih dan menampakkan buah kopi. Sesudah itu, buah kopi yang telah bersih dipisahkan daripada najis akan dijemur langsung kepada matahari. Ini akan memakan masa sehingga buah kopi tersebut kering.

Apabila buah kopi tersebut telah kering sepenuhnya maka menjalankan satu lagi proses iaitu pembuangan kulit luar buah kopi (de-husking). Selepas pembuang kulit luar (de-husking) makan buah kopi tersebut akan digoreng dengan menggunakan api daripada arang kayu. Kopi yang masak sepenuhnya apabila warna pada sekeliling buah kopi tersebut berwarna hitam dan juga terdapat kelihatan lapisan minyak.

Oleh kerana keunikkan 'kopi luwak' maka harga untuk segelas kopi luwak boleh mencecah US8 dollar terutamanya di negara Indonesia.

*Penemuruai`s comment: Pelik tapi benar...

No comments:

Post a Comment