Penemuruai Visitors:

Friday, April 8, 2011

Analisis Politik: N67.Telang Usan

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 kali ini menampakkan muka baru tiket BN untuk mempertahankan kerusi masing-masing. Muka baru kali ini perlu berusaha keras di dalam pertandingan sengit pada kali ini. Ada calon pembangkang senior yang akan bertembung dengan calon tiket BN yang muka baru.

Kalau kita selidiki dikawasan N.67 Telang Usan, didapati muka baru akan mempertahankan kerusi tersebut iaitu Dennis Ngau dengan memegang tiket BN. Sebelum ini, kawasan tersebut dipertahankan oleh Lihan Jok namun kali ini beliau tidak tersenarai dalam piliharan raya ke-10.

Dennis Ngau dari komponen BN-PBB telah dicalon untuk bertanding mewakili buat pertama kali dalam karier beliau. Ini merupakan satu cabaran hebat kepada beliau untuk meraih undi dari kawasan Telang Usan.

Majoriti penduduk di kawasan Telang Usan ialah berbansa orang ulu iaitu-Kayan, Kenyah, Penan dan banyak lagi sub-etnik. Keadaan topografi di kawasan ini adalah berbukit bukau dan rata-ratanya penduduk kampung tinggal di pesisiran sungai. Dahulunya, perhubungan utama ke kawasan Telang Usan ialah menggunakan perahu panjang namun sekarang agak mudah kerana terdapat sambungan jalanraya balak ke setiap kampung. Untuk di kawasan Batang Baram yang termasuk dalam kawasan Telang Usan, perhubungan menggunakan kapal terbang Twin Otter ke Long Akah, Ulu Baram dan Long Banga, Ulu Baram akan memudahkan dan mempercepatkan sistem pengangkutan.

Calon pembangkang veteran yang popular di kawasan Telang Usan ialah Kebing Wan. Kekuatan dan kesabaran beliau dalam memperjuangkan politik yang benar tidak pernah mengundurkan diri pada setiap kali pilihan raya. Kelebihan Kebing Wan adalah kemesraan dan hubungan beliau dengan penduduk kampung. Penduduk kampung yang menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan akan merujuk dan berkongsi masalah dengan beliau. Di situlah kelebihan beliau dalam meraih undi. Tambahan pula, sokongan padu daripada usahawan orang ulu juga merupakan kekuatan beliau.

Berikut merupakan isu-isu lapok yang akan menjadi persoalan di kawasan N.67 Telang Usan ialah:

1.       Pembinaan hidroelektrik di Long Kesseh, Ulu Baram. Orang ulu sudah mengetahui impak daripada pembinaan hidroelektrik di Bakun, Belaga. Terutamanya tanah yang rendah akan dinaiki air.

2.       Kemudahan sambungan jalan ke kampung-kampung.

3.       Sekolah, klinik, elektrik dan air.

4.       Isu kad pengenalan.

5.       Peningkatan taraf hidup dalam bidang pertanian dan juga perniagaan.

6.       Telekomunikasi

7.       Perimeter survey untuk tanah istiadat (NCR)

8.       Projek/permintaan orang kampung yang belum dikotakan semasa pimpinan Lihan Jok.

Penemuruai`s comment: There will 50/50 at N.67 Telang Usan.

 

1 comment:

  1. An informative article which is so important to know !! I am sure this post will be a good source of reference for us. Thank you very much for this article. Keep it up.
    Create Online Survey

    ReplyDelete