Penemuruai Visitors:

Friday, April 8, 2011

Gossip oh gossip: CM guna 3 bomoh semasa penamaan calon

Believe it or not??

Ada info yang diperolehi daripada kubu pembangkang menyatakan bahawa CM ada membawa 3 orang bomoh perempuan/lelaki (?) dari luar negara iaitu Lebanon, Australia dan Yahudi semasa penamaan calon di pusat.  Apapun kita tidak dapat mengesahkan personaliti ataupun karier ketiga-tiga wanita tersebut. Fikir juga baik-baik sebelum membuat segala kesimpulan. Ada kemungkinan juga pertalian saudara mara jauh keluarga CM ataupun memang sebenarnya bomoh.Semuanya masih menjadi pertanyaan… (Sumber daripada Radio Free Sarawak, 7th April 2011)

Beginilah gossip yang diperolehi semasa penamaan calon untuk kerusi N.51 Balingian pada 6 April 2011 yang lepas. Apa saja boleh menjadi cerita ataupun gossip…kalau ada calon yang terjatuh atau tercekik masa makan memang akan jadi perbualan. Ini kerana setiap pergerakkan menjadi tumpuan orang ramai. Pelik tapi benar…

Melalui pemahaman Penemuruai mengenai bomoh..ada macam-macam juga bomoh ni. Ada yang betul, ada yang palsu. Masyarakat di Asia memang tidak terkecuali daripada pengetahuan mistik. Daripada sumber bacaan dan pengalaman, kekuatan seseorang bomoh mempunyai teritori nya sendiri. Misal nya ialah sekiranya bomoh tersebut hebat di Sarawak maka apabila dia berkunjung ke tempat baru seperti di Semenanjung, jadi kekuatan ilmu bomoh adalah tiada sama sekali. Ini kerana dalam dunia mistik ilmu hitam memang ada sempadannya begitu juga sama dengan negara kita dibatasi dengan sempadan diantara Negara yang lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang tersebut terkena ilmu hitam maka dikatakan akan sembuh semula apabila telah balik ke tanah asal beliau. Ini kerana ilmu mistik tersebut hanya mampu  sehingga ke sempadan dunia mistik sahaja.

**Penemuruai`s comment: Don`t ever used black magic to get thing done as it would not sustain. The best way-Trust in God.

 

No comments:

Post a Comment