Penemuruai Visitors:

Friday, April 8, 2011

Kreativiti Poster Boleh Mempengaruhi Pengundi

Kehangatan berkempen sudah masuk hari ketiga selepas penamaan calon pada 6 April 2011 yang lepas. Semua jentera dari kubu BN dan juga pembangkang mulai menggantung poster di setiap penjuru dimana boleh menarik perhatian bakal pengundi. Salah satu poster yang menarik minat Penemuruai ialah poster daripada kawasan N.10 Pending iaitu Prof.Dr.Sim menggunakan konsep karton di dalam menyampaikan mesej beliau kepada rakyat di kawasan beliau. Ini ada menampakkan peningkatan proses berkempen dengan cara kreativiti.

Begitu juga dengan kekuatan parti pembangkang  DAP yang menggunakan kreativiti iaitu penggunaan maskot. Ada sesetengah sangup untuk membeli patung maskot DAP kerana didapati comel dan yang pertama digunakan semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak Ke-10. Ini menampakkan kreativiti dan inovatif pihak pembangkang dalam menarik minat pengundi muda-mudi.

Kita sedia maklum bahawa rupa topografi negeri Sarawak adalah berbukit bukau dan sukar untuk dihubungi terutamanya penduduk luar bandar. Dengan itu, pihak pembangkang PKR (Parti Pakatan Rakyat) menggunakan cara yang paling asas dalam berkempen iaitu penggunaan siaran gelombang radio yang lebih dikenali sebagai Radio Free Sarawak (RFS). Ada info yang diterima dari kawasan Belaga menyatakan bahawa calon PKR di sana sudah mulai memberi radio secara percuma agar penduduk kawasan pendalaman dapat menerima berita terkini melalui siaran Radio Free Sarawak. Dengan itu, kita dapat mengetahui kematangan kedua-dua parti di dalam menawan hati rakyat adalah berbeza mengikut kreativiti dan inovatiof masing-masing.

**Penemuruai`s comment: Accept technology and use it wisely.

TQ

 

No comments:

Post a Comment