Penemuruai Visitors:

Saturday, April 9, 2011

Bil Elektrik: Berapa anda bayar?

Sebelum ini kerajaan ada mengambil langkah inisiatif untuk mengurangkan beban masyarakat di seluruh Malaysia dengan menanggung bil elektrik yang berjumlah di paras RM20.00. Ini bermakna kerajaan telah memberi subsidi bayaran kepada mereka yang kurang menggunakan elektrik dengan berjumlah RM20.00 dan ke bawah. Bil yang melebihi nilai tersebut akan dikenakan bayaran seperti biasa.

 

Kerajaan telah menggunakan sebegini cara bagi mereka yang berpendapatan rendah dan penggunaan elektrik yang rendah. Namun demikian ada segolongan penduduk yang berpendapatan sederhana ingin menikmati subsidi tersebut tetapi amat sukar bagi mereka untuk mengurangkan jumlah bil elektrik dibawah RM20.00.

 

Secara logiknya, penggunaan elektrik yang tinggi akan menyebabkan bil elektrik rumah meningkat begitu juga dengan penggunaan elektrik yang rendah sudah tentu bil elektrik akan kurang. Persoalannya ialah semua peringkat pendapatan ingin berjimat di dalam arus pembangunan yang pesat kerana setiap perbelanjaan utiliti perlu diambil kira untuk pengurusan wang yang baik.

 

Penemuruai telah menjalankan kajian sendiri iaitu objektif nya ialah untuk mendapatkan nilai bayaran elektrik berjumlah RM20.00 atau rendah lagi. Kajian ini memakan masa selama lebih kurang selama3 bulan sahaja.

 

Berikut adalah penemuan daripada kajian tersebut sekiranya ingin mendapatkan bil kurang daripada RM20.00:

1.       Buka suis lampu rumah apabila keadaan sudah gelap sepenuhnya.

2.       Menggunakan lampu mentol yang jimat elektrik.

3.       Tiada menggunakan cerek elektrik

4.       Tiada menggunakan mesin pembasuh. Hanya guna cucian jari sahaja.

5.       Guna televisyen sampai jam 11.00malam sahaja.

6.       Tiada menggunakan aircond.

7.       Yang paling bagus ialah mengurangkan penggunaan elektrik. Asalkan peralatan elektrik memang dikurangkan penggunaannya.

 

Kesimpulannya:

Agak sukar untuk mencapai tahap bill di bawah paras RM20.00 kecuali hanya seorang sahaja yang tinggal di dalam rumah.

 

TQ

 

No comments:

Post a Comment