Penemuruai Visitors:

Monday, April 11, 2011

Isu lama di Sarawak: NCR (Native Customary Right)

Pagi ini saya ada menerima info menyatakan Ketua Menteri Sarawak telah memberi banyak projek pembangunan terhadap NCR di Sarawak (Native Customary Right). Ini dinyatakan semasa beliau mengadakan lawatan ke kawasan Bakong/Beluru/Tinjar semalam, 10 April 2011. Sebagai rakyat Sarawak sudah semestinya mengalu-alukan projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.

 

Penemuruai berpendapat terhadap kawasan yang majoriti pengundi berbangsa Dayak sekarang ialah BN lemah bukan kerana tidak membawa pembangunan. Pembangunan majoriti daripada kestabilan politik daripada pemerintahan BN. Kawasan majoriti pengundi berbangsa Dayak semakin kurang keyakinan terhadap wakil mereka kerana isu masalah tanah yang tidak dapat diselesaikan dengan cara menang-menang.

 

Penemuruai merasakan keinginan masyarakat peribumi untuk mendapatkan kepastian mengenai deklarasi tanah NCR kepada mereka. Ini kerana mereka akan berasa yakin dengan pimpinan Ketua Menteri Sarawak sekiranya tanah NCR tersebut telah dimuktamadkan kepada mereka peribumi. Dengan itu, projek pembangunan akan diterma pakai oleh masyarakat setempat. Seiringan dengan itu, manifesto BN nombor  (6.) Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara DAN (9.) Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia, sudah pastinya akan terjawab.

 

Diharapkan isu lapok mengenai NCR dan juga projek menaiktaraf seperti jalan raya, rumah, elektrik, air dapat diselesaikan secara berperingkat agar rakyat Sarawak tidak jemu dengan janji yang tidak dikotakan. Bukan semua YB BN yang lemah dalam memperjuangkan janji namun hanya segelintir sahaja sehingga menyebabkan ahli lain dalam kubu BN akan terkena tempias. Dengan itu, kubu pembangkang menjadikan isu tersebut sebagai suatu kekuatan mereka.

 

**Penemuruai`s comment: Action speak louder than word. Jangan jadi seperti tin kosong.

TQ

 

No comments:

Post a Comment