Penemuruai Visitors:

Monday, April 11, 2011

Melepaskan Diri daripada TAX: Bagaimana?

Di Malaysia, sesiapa yang ada menerima pendapatan sememangnya akan dikenakan cukai. Kegagalan untuk membayar cukai anda merupakan kesalahan jenayah.

Untuk melepaskan diri dari tax, anda seharusnya menyimpan segala resit jual beli, tidak kira apa pun. Mesti disimpan. Ada juga diantara kita yang tidak suka buat pekara macam ini kerana terlalu remeh temeh. Apapun ini untuk kebaikan anda juga.

 

Penemuruai ada cara untuk dikongsi dengan blog mengenai melepaskan diri daripada Tax/Cukai:

1.       Anda sebagai pembayar cukai akan dikenan pelepasan cukai sebanyak RM9,000. Sebelum ini RM8,000 dan ada peningkatan sebanyak RM1,000.

2.       Untuk yang kurang upaya dikenakan pelepasan sebanyak RM6,000.

3.       Pembelian alat bantuan kehidupan (contohnya kerusi roda, alat bantu pendengaran..etc) kepada anda, anak, suami-isteri ataupun keluarga-anda akan lepas RM5,000.

4.       Perbelanjaan untuk kos perubatan keluarga-dikecualikan sebanyak RM5,000.

5.       Pembelian buku, jurnal, majalah dan penerbitan lain kecuali SURATKHABAR. Pastikan simpan resit selepas beli bahan bacaan. Pelepasan sebanyak RM1,000.

6.       Pembayar cukai yang mempunyai penyakit kronik, anda akan dilepaskan sebanyak RM5,000.

7.       Belajar. Bagi sesiapa yang mengambil kursus untuk meningkatkan kualiti diri maka anda akan dilepaskan cukai sebanyak RM5,000.

8.       Belilah komputer baru/laptop/netbook. Anda akan dilepaskan cukai sebanyak RM3,000.

9.       Peralatan sukan. Resit pembelian alat untuk bersukan perlu disimpan untuk  melepaskan anda dicukai sebanyak RM300.

10.   Perkhidmatan Broadband. Hanya untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bil bulan. Pelepasan cukai RM500 hanya akan berterusan sehingga tahun 2012.

11.   Bantuan derma kepada persatuan yang dipersetujui oleh IRB (Income Revenue Board). Pelepasan cukai tidak melebihi 7% daripada pendapatan.

12.   Insuran premium untuk pendidikan dan perubatan. Pelepasan RM3,000.

13.   SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional). Anda dilepaskan RM3,000.

 

**Penemuruai`s comment: Do not forget your tax.

TQ

 

No comments:

Post a Comment