Penemuruai Visitors:

Penemuruai e-Mag Apps

Penemuruai e-Mag
Powered by Conduit Mobile

Tuesday, April 19, 2011

Kemenangan luar biasa BN adalah sementara

Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah menyaksikan pertembungan yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri Sarawak. Keputusan kali ini menyaksikan parti BN telah memenangi sebanyak 55 kerusi dan diisyitiharkan membentuk kerajaan baru kerana syarat utama ialah perlu memenangi lebih daripada 2/3 kerusi.

Walaupun kemenangan BN dianggap sebagai luar biasa jika dibandingkan politik luar negara namun dalam aspek dalam negara adalah tidak menunjukkan petanda yang baik dan hanya bersifat sementara. Ini kerana hampir kesemua 15 kerusi yang dipertandingkan oleh DAP hampir dapat dimenangi keseluruhannya. Jumlah undian untuk DAP didapati rata-ratanya meningkat jika dibandingkan dengan pilihan raya yang sebelumnya. Selain daripada itu, parti PKR telah menundukkan 3 buah kerusi untuk pilihan raya kali ini. Siapa juga akan sangka iaitu 1 parti Bebas dapat memenangi kawasan Pelagus, Kapit dan dahulunya dibawah tawanan BN-PRS. Tambahan pula majoriti undian adalah diluar jangkaan.

Tsunami kemenangan DAP adalah sukar dijangka dimana majoriti penduduk berbangsa cina telah betukar arah dengan memilih parti DAP sebagai parti yang dapat membawa perubahan kepada mereka. Nyata sekali parti komponen BN iaitu SUPP tidak dapat memenuhi kehendak utama kaum Cina terutamanya di pusat bandar. Walaupun wakil daripada SUPP adalah orang yang berpengalaman dalam politik namun masih lagi tumpas dengan muka baru yang dipertandingkan oleh DAP. Ini adalah ketara kerana corak undian untuk kaum cina tidak dipengaruhi oleh status wakil namun hanya tertarik dengan perjuangan oleh parti kepada spesifik kaum berbangsa cina sahaja. Ertinya perjuangan DAP adalah jelas dan spesifik kepada pengundi berbangsa cina jika dibandingkan dengan parti PKR yang perlu meraih undi daripada pelbagai suku kaum seperti Melayu, Iban, dan sub-etnik lain. Kalau dahulu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, suku kaum cina tidak berbelah bahagi untuk memilih tampok pemerintahan yang berlainan kaum. Kali ini menyaksikan DAP dapat mempengaruhi bangsa cina di Sarawak dengan berkesan. Manakala PKR dianggap sebagai satu platform untuk membela nasib penduduk di Sarawak namun sebaliknya masih kabur kerana tidak spesifik golongan yang hendak dibela.

Kenapa berlakunya tsunami kemenangan DAP? Ini mungkin ada perkaitan dengan elemen “anti-Taib” kerana mengetahui Ketua Menteri Sarawak telah memerintah lebih daripada 30 tahun. Selain daripada itu, perjuangan mereka adalah lebih kepada corak hak seperti contoh pemilikan tanah, mendapat pekerjaan di sektor awam dan seumpamanya. Dengan itu, perasaan semangat perkauman mengeledak pada masyarakat cina dimana mereka tidak lagi mengendahkan konsep 1Malaysia kerana tiupan hasutan daripada DAP lebih kepada “racist”. Ini secara tidak langsung boleh menimbulkan persoalan mereka untuk mempersoalkan polisi kerajaan Malaysia.

Buat masa ini, parti BN janganlah leka dan lalai dengan majlis keramaian dengan kemenangan anda. Anda harus ingat kembali dengan janji-janji yang telah ditaburkan semasa kempen 10 hari. Apabila janji tidak dikotakan maka itu adalah ibarat seperti kanser peringkat pertama dan akan menjadi pertanyaan kepada pengundi anda.

Selepas menang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, anda harus:

1.       Nyatakan status Ketua Menteri Sarawak. Ini kerana ada pengundi tegar pembangkang yang mempunyai semangat “anti-Taib”. Apabila sudah menyatakan status tersebut, kemungkinan pengundi tegar pembangkang dapat dikembalikan kepada parti BN. Sekurangnya-kurangnya hampir setengah yang telah mengundi PKR atau DAP akan kembali semula kepada parti BN.

2.       Kotakan janji seperti yang telah ditaburkan semasa kempen 10 hari di Sarawak. Pastikan projek tersebut sampai kepada penduduk tempatan.

3.       Jangan ulangi kesalahan yang sama iaitu memberi senarai nama muka baru. Jika ada muka baru, latih mereka dan mulai dengan “grooming”. Ini paling ketara dengan kawasan Ba`Kelalan apabila Willie Liau dinamakan pada saat terakhir. Pengundi tidak mahu bermain dengan bermacam pertanyaan. Tiada wakil yang diumumkan ibarat seperti tiada payung semasa hujan.

4.       Momentum lawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri hendaklah kekal kerana Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit untuk BN.

*Penemuruai`s comment: Action speak louder than word

 

1 comment: