Penemuruai Visitors:

Penemuruai e-Mag Apps

Penemuruai e-Mag
Powered by Conduit Mobile

Tuesday, April 19, 2011

Lori Tanker Minyak Sawit akan dilengkapi dengan GPS (Global Positioning System)

Pada penghujung tahun ini akan dilaksanakan pemasangan alat GPS (Global Positioning System) pada lori tangki minyak sawit. Memandangkan harga minyak sawit semakin meningkat dari tahun ke tahun maka ada sindiket yang mencuri minyak sawit daripada lori tangki minyak sawit yang membawa bekalan tersebut. Mengikut laporan, lori tersebut akan dirompak ataupun pemandu tersebut tidak bertanggungjawab akan terus mengepam minyak sawit kepada loji minyak sawit yang lain semasa dalam tempoh perjalanan

Sebelum ini, lori kayu balak di Sarawak juga telah dilengkapi dengan GPS iaitu pertama di syarikat pembalakan Ta Ann. Konsep yang diguna pakai oleh lori tangki minyak dan lori kayu balak adalah untuk mengetahui kedudukan terkini dan juga untuk memaksimumkan cara bekerja.

Bukan itu sahaja, ini adalah untuk keselamatan pemandu terutamanya berlaku kemalangan dimana bantuan terus daripada pihak syarikat itu sendiri selain menunggu perkhidmatan bantuan daripada polis, bomba ataupun ambulans tiba.

**Penemuruai`s comment: No more one-stop at Simpang Bakun to have BBQ+kuih panggang pulut.

 

No comments:

Post a Comment