Penemuruai Visitors:

Tuesday, August 16, 2011

Lelaki mati ditikam ketika menari

(Info penuh boleh didapati :http://www.theborneopost.com/2011/08/13/lelaki-mati-ditikam-ketika-menari/)

...Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Goyang Anak Sirai, 23, mati serta merta di tempat kejadian disebabkan kecederaan akibat tikaman yang menembusi jantungnya.


...Difahamkan, suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan mengunjungi pusat hiburan berkenaan bersama mangsa dan dua lagi rakan mereka.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Saiman Kasran, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak hospital yang memaklumkan kematian seorang lelaki akibat ditikam.


“Hasil pemeriksaan hospital mendapati ada satu kesan tikaman pada rusuk kiri mangsa yang mengenai jantungnya.

“Polis yang menerima maklumat itu bergegas ke hospital dan bertindak memburu mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati punca kejadian dipercayai berpunca akibat dendam sering dialami suspek di tempat kerja.

“Suspek berjaya ditahan beberapa jam selepas itu ketika sedang bersembunyi di dalam kapal yang masih berlabuh di Pelabuhan Labuan.

“Polis juga berjaya merampas sebilah pisau yang masih mempunyai kesan darah berukuran lapan sentimeter (sm) dipercayai digunakan untuk menikam mangsa,” katanya.

Saiman berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komen Penemuruai:
1. Tempoh seseorang pekerja belayar perlu dikaji semula
2. Tempoh untuk seseorang pekerja "off-shore" juga perlu diambil kira
3. Sekiranya punca kematian tersebut akibat perselisihan faham semasa bekerja, disarankan mempunyai kumpulan Pembimbingn Rakan Sekerja (PRS) di atas kapal tersebut.

Komen Penemuruai (dalam bahasa Iban)
Tu mih penyakit bansa kitai Dayak ti mangku pengawa kereja "off-shore", ukai semua mega ngembuan ulah ti jai tang mina segelintir aja nyau ngejungka nama urang bukai jai. Enti lebuh maya udah datai ba darat, anang mih nyau sengapa rembang. Berunding mih enggau chara positif awaka ulih nagang ti ulih ngasuh kitai pedis. Ngirup mih ngena chara ti betul dikumbai urang "social drink", udah cukup asai..ngetu mih. Tajapan pengawa di offshore sigi pedis pala sereta lelak tang kitai mesti ngembuan untak "open minded"; anang ngemanjaika leka jaku layak lebuh maya bekereja. Pengudah bekereja, leka mih layak kereja nya tadi.
Nesal enda kala dulu..sigi semampai dudi.
TQ






No comments:

Post a Comment