Penemuruai Visitors:

Penemuruai e-Mag Apps

Penemuruai e-Mag
Powered by Conduit Mobile

Sunday, April 10, 2011

Kempen Hari Ke-5, Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10

Welcome Sunday! It`s Sunday!

 

Hari ini sudah masuk hari ke 5 selepas penamaan calon dan ada saja ceramah di setiap pelusuk di negeri Sarawak.

Parti BN dan juga pembangkang berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih undi pada 16 April 2011.

Dalam masa berkempen ini, penggunaan teknik berkomunikasi dengan rakyat adalah merupakan senjata yang sebenarnya di dalam menawan hati pengundi.

 

Di samping itu, penggunaan komunikasi yang berkesan juga sedikit sebanyak dapat membangkitkan undian protes. Itulah objektif utama bagi kedua-dua kubu parti tersebut.

Ada yang pada mulanya sehati dan sejiwa dengan pimpinan BN namun demikian kebarangkalian untuk berubah kepada parti pembangkang adalah tidak mustahil kerana semasa ceramah diaadakan kemungkinan ada sentimen yang boleh mengubah fikiran pengundi. Ini merupakan satu impak akibat daripada keberkesanan komunikasi.

 

Penemuruai ada menerima info dari kawan-kawan yang berada di Miri menyatakan bahawa bilangan penduduk menghadirkan diri untuk ceramah pembangkang (PKR) adalah memberangsangkan berbanding dengan ceramah yang diadakan oleh parti BN-SUPP. Dijangka lebih 2,000 penduduk Miri berkumpul untuk mendengar ceramah daripada PKR di Waterfront, Miri, Sarawak. Pelbagai isu-isu semasa yang dibangkitkan pada ceramah tersebut.

 

**Penemuruai`s comment: They attend to observed, listen, think and action on 16 April 2011. Make sure the issues really concern to the public. It doesn`t mean that more people attend for the talk, the better percentage of the voters. The decision is yours.

 

TQ.

Happy Sunday!

 

No comments:

Post a Comment